Kelas Enterpreneur & Advokasi (Cybergrooming)

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Enterpreneur (Shopee) dan Advokasi (Cybergrooming). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Cybergrooming dan Enterpreneur (Shopee). Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 6 orang peserta yang hadir iaitu 2 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Enterpreneur sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Cybergooming. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana Cybergrooming ini terjadi. Apa yang dipertontonkan dalam Video KDB Cybergrooming, peserta dapat melihat sendiri bahayanya Cybergrooming ini. Semoga peserta mengambil langkah berjaga-jaga dalam kehidupan media sosial era ini.

Manakala dalam Kelas Enterpreneur, peserta-peserta diajak untuk melayari Shopee. Rata-rata peserta menyatakan harga yang ditawarkan dalam Shopee adalah mampu milih. Ini menunjukkan betapa bekesannya pemasaran yang dilakukan oleh Shopee

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Enterpreneur peserta dapat mengetahui bagaimana berlansungnya jualan online dalam Shopee. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang ini dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan.

# KDB – Adakah kita kenal rakan siber kita disebalik komputer?

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali